HIDUP PENUH MAKNA

"Demi masa..(Al-Asr)"

"Aduh macam mane buleh kalah dengan ahli usrah pulak..."
Gurauku bersama 3 ahli usrah di cort bowling di sebuah kompleks di Bandar Baru Bangi, kami memanggilnya kompleks "WARTA".

Sebelum tu, lepas solat jumaat kami dah bertemu di bahagian belakang masjid UKM seperti mana yang dijanjikan untuk berbincang satu topik yang penting iaitu "Akidah Muslim". Ana menugaskan seorang daripada anak usrah ana untuk membentangkan tajuk tersebut bukan semata-mata untuk percambahan ilmu, iman dan penghayatan terhadap topik yang dibincangkan tapi untuk melatih diri dan ahli usrah supaya berani untuk berucap di hadapan sesiapapun dan menyatakan pandangan sendiri.

"jom pi main bowling petang ni?"
"cantik!! pukul berapa? dekat mane?" kata salah seorang daripada ahli usrahku setelah kami selesai berusrah di masjid

Ana sebenarnya tak nak diorang faham usrah ni bukan semata-mata buat liqa', perbahas tentang soal ilmu semata-mata. Tapi usrah boleh buat di cort bowling sama-sama main bowling, boleh buat di kedai makan sama-sama makan cendol dan laksa bersama ahli usrah, rehlah di pantai atau tasik dan mana-mana tempat.

Ana benar-benar berharap tautan ukhuwah yang mantap dapat dibina antara ahli usrah dan naqib melalui aktiviti macam ni, santai, tak tension dalam waktu yang sama berlaku peningkatan dari segi ilmu, iman dan amal dalam diri kami.

Main bowling, takraw, footsal dan ape saje selagi dibenarakan syara' dan ikut landasan yang dibenarkan syara' apa salahnye? bukankah ini salah satu daripada elemen tarbiah? tarbiah jasadiah..bukankah ini juga yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w bersama para sahabat? berlatih berkuda, berlatih berlawan dan sebagainya..

Sama-sama renung dan laksanakan perubahan..


(*Ana lebih suka guna istilah ahli usrah berbanding anak usrah sbb diaorangpun tak beza mane umur denganku lebih-lebih lagi ana nak gelar anak usrah? hahaha.. anak sendiripun takde lagi, kahwinpun belum..)

Pena Penulis

Salam perkenalan.. Pendidikan:SMA Marang(2001) KISAS(2006) UKM(2008) Program di UKM: Pendidikan.. Kegemaran: Membaca (Tarbiah Harakiah & Perang)+gidengor+Usrah Hiburan: Al-Q,Shoutul Harokah,Sami Yusuf Cita-cita:Mua'lim & Murabbi

Salam ukhuwwah..

Sekadar perkongsian pengalaman, ilmu dan pendangan..
Aku harapkan blog ini bermanfaat kepada diriku, sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang membaca kerana..
"kita berusaha memahami dunia.."(Jean Peaget) dalam menjadikan hidup kita lebih bermakna, menggunakan kesempatan masa hidup yang singkat menuju ke negeri abadi mengadap Tuhan Yang Esa..

Seperjuangan..