HIDUP PENUH MAKNA

"Demi masa..(Al-Asr)"

"Assalammualaikum.."
"wa'alaikumussalam..jumpa lagi esok hari" aku terus membonceng SS pulang ke rumah dari KIZ (*Kolej Ibu Zain) setelah selesai study bersama sahabat2 seperjuangan yang sama fakulti denganku untuk persediaan untuk exam subjek seterusnya.

Dalam perjalanan pulang aku teringat akan kata2 salah seorang sahabatku tadi sebelum kami bersurai:

"kalau macam ni keadaan kita..ana rasa sem depan kita kene buat study group selalu..ana tak kisah kalau dapat pointer berapa..tapi ana fikir macam mana nak mengajar anak murid di sekolah nanti kalau macam ni keadaan kita. banyak lagi tak faham subjek ni.."

Fikiranku mengimbas kembali kata-kata sahabat seperjuanganku yang lain yang mengeluh tentang perkara yang sama:

“Kite blajar untuk ape kalau mcm ni?? Kite slalu kate exam sbgai alat je.. Kite slalu dgr blajar dapat result elok, kerja bagus baru orang pandang kite..tapi lepas exam sejauh mane kite ingat apa yang kite blajar ,sejauh mane kite gune ilmu tu..nta ingat ke apa yang nta belajar mase thn 1 ?”

Sambil berbaring di atas karpet masjid UKM pada waktu itu. Aku dengar dengan teliti luahan hati sahabat seperjuanganku yang berada disebelahku ketika kami study sama di sana pada awal pagi 24 Oktober..

Persoalan yang dikemukakan benar2 membuatkan aku berfikir. Aku tahu memang itulah reality kehidupan kebanyakkan mahasiswa kampusku bila time study week baru nak pulung belajar, pinjam nota muslimat, download dan print nota, baru nak bangun qiamullai, baru nak minta maaf dengan kawan, baru nak buat group study..

Betul!!..xsalah semua tu, pelaksanaannya bagus tapi satu perkara yang aku bimbang adakah niat kita benar2 ikhlas dalam menuntut ilmu. Ramai yang boleh bercakap kita menuntut ilmu kerana Allah, mengharapkan keredaan Allah s.w.t tapi apakah kita benar-benar memahami maksud yang diperkatakan..

Apakah kita selama ini benar-benar menjaga adab dalam menuntut ilmu?

Apakah kita berusaha untuk meningkatkan ilmu kita secara berterusan? Kerna seseorang ikhlas dalam menuntut ilmu pasti berterusan dalam menuntut ilmu dan dimana sahaja mereka berada bukan bila minggu peperiksaan sahaja..

Apakah kita menuntut untuk beramal dan menyampaikan ilmu yang kita pelajari atau belajar untuk mendapat pointer yang tinggi?

Sesampainya aku dirumah, aku mencapai laptopku di atas meja study di dalam bilik untukku coretan persoalan yang bermain difikiran diatas keyboard laptop dengan penuh keinsafan..

"Ya Allah,ya Rabbi..Adakah aku benar2 ikhlas dalam menuntut ilmu.."



Pena Penulis

Salam perkenalan.. Pendidikan:SMA Marang(2001) KISAS(2006) UKM(2008) Program di UKM: Pendidikan.. Kegemaran: Membaca (Tarbiah Harakiah & Perang)+gidengor+Usrah Hiburan: Al-Q,Shoutul Harokah,Sami Yusuf Cita-cita:Mua'lim & Murabbi

Salam ukhuwwah..

Sekadar perkongsian pengalaman, ilmu dan pendangan..
Aku harapkan blog ini bermanfaat kepada diriku, sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang membaca kerana..
"kita berusaha memahami dunia.."(Jean Peaget) dalam menjadikan hidup kita lebih bermakna, menggunakan kesempatan masa hidup yang singkat menuju ke negeri abadi mengadap Tuhan Yang Esa..

Seperjuangan..